Template:Appeal/Kaldari/ms

Revision as of 16:01, 14 November 2011 by Jsoby (talk | contribs) (Bot: Using standard numbers in appeals)

Pada suatu masa dahulu Internet merupakan sesuatu yang menakjubkan.

Terdapat kepelbagaian dalam Internet pada masa dahulu, zaman 90-an dan ia merupakan kommuniti masyarakat yang berbeza jika dibandingkan dengan televisyen. Namun begitu, segalanya pada hari ini tidaklah seperti dahulu.

Saya merupakan seorang sukarelawan yang telah mewujudkan Wikipedia. Kami sudah memutuskan sekian lama bahawa perkongsian maklumat dan mendidik masyarakat sememangnya lebih penting daripada wang. Itulah sebabnya operasi Wikipedia dijalankan oleh badan bukan bermotif kewangan dan pengiklanan tidak akan wujud di sini.

Wang diperlukan untuk memastikan pangkalan data dan pelayan terus beroperasi serta untuk membayar staf sokongan. Namun begitu, kami tidak menjalankan pengiklanan atau dipengaruhi oleh unsur kewangan dalam sebarang kegiatan. Setiap tahun, kami merayu kepada pembaca kami untuk menyumbang dana kepada komuniti masyarakat seperti kami yang merupakan sebahagian daripada sesuatu yang berlainan dalam Internet. Sumbanglah $5, $10 atau seberapa yang anda mampu.

Setelah bertahun-tahun menyunting dalam Wikipedia, saya akhirnya merupakan sebahagain daripada stafnya dan bekerja sebagai seorang pengatur cara. Infrastruktur yang mengendalikan operasi Wikipedia hanya sekadar sederhana sahaja.

Google mempunyai lebih daripada sejuta pelayan, Yahoo mempunyai lebih daripada 13,000 staf. Kami hanya mempunyai 679 pelayan dan 95 orang staf sokongan.

Wikipedia merupakan laman web ke-5 yang paling dikunjungi dan mempunyai 450 pengunjung yang berbeza setiap bulan - hampir bilion paparan halaman.

Jika anda memberi $10 derma kepada Wikipedia, manfaat yang diperoleh daripada wang anda digandakan berkali-kali. Seandainya $10 itu digunakan untuk membayar gaji seorang pengatur cara yang membangunkan sebuah peralatan, ia membolehkan 1,000 orang menyunting dalam Wikipedia. Sudah pasti wang sumbangan anda amat bermakna jika dibandingkan dengan laman-laman web lain.

Sumbangan anda membantu kami memastikan Wikipedia terus menjadi lebih baik - dan memastikan Internet masih menakjubkan seperti dahulu.

Terima kasih ,

Ryan Kaldari
Pengatur cara Wikipedia